Tuesday, December 20, 2011


Assalamualaikum..



actually dah lama nak post entry ni. tapi disebabkan nak merawat luka yang parah ni. so mengambil masa yang agak lama untuk taip entry kali ni.haha sangat poyos.

ok kalau nak cerita masih belum terlambat lagi kann..
okeh cuti awal muharam hari tu kami memang dah lama plan tarikh tu pergi bercuti bersama sama tapi lain lain destinasi. tapi cuti kali ni pergi dengan adik adik kesayangan saya. anis, adib and my maklang family..and parents i terpaksa mengalah sebab nak menemani atok and nenek kesayangan saya.takkan nak tinggalkan diorang berdua kat rumah kan. so parents saya bawak diorang round 1 malaysia. dari selangor pergi johor lepas tu bermalam kat melaka. besok hari pulak balik rumah balik. lepas tu petang pergi penang. and then pergi perlis semata- mata nak makan kengsom. diorang cakap kengsom kat kg baru tak sama macam kat perlis. susah nak dapat kot.hehe. sory to mama and abah sebab harapan lepas ni nak selalu makan kengsom kt perlis takkan terjadi kot. takpe mungkin lepas ni saya akan cari bf dari overseas pulaks. sebab nanti mama ngan abah dapat makan western hari hari kan.ahakss (macam macam la kau ni mira.selalu cakap benda merepek).

okay dah berbalik kepada cerita asal. cuti kali ni kami pergi singapore.dekat je.tu pun semata mata nak pergi Universal Studio. thanks to Lahazan Travel sebab menaja percutian kami kali ni..eh eh silap bukan menaja la.kami ambik pakej dari diorang je.sape la kami nak ditaja kann.hehe..pakej diorang sangat terbaik. sangat-sangat affordable. korang semua patut try this travel agent. sempat promote lagi tew.. kalau nak pergi negara orang ni dan tak kenal sape sape kat situ better korang ambil travel agent. diorang akan uruskan korang dari A- Z. sangat mudah kan.

#FIRST DAY



kami sampai di johor dalam pukul 11 pagi kot.agak awal la kan. sebab paklang drive kereta memang macam pelesit.baru tutup mata nak tidur. bila bukak tengok tengok da sampai johor.nak tipu pon agak agak la kan.hehe..tapi serius paklang drive memang laju..ok da sampai ingat nakla jalan-jalan kat danga bay. tapi harapan kami musnah sebab diorang tengah renovate kot.nampak macam padang pasir je kawasan tu kan. so pergi lunch. main main dengan si camat (my cousin) saya suka buat budak tecik tu nangis.awak memang jahat mira! ok lepas pukul 3 baru boleh check in.hotel tu okeyla.cume macam biasa la kan lif hotel tu memang sangat menyeramkan.dan macam biasala jugak adik adik saya memang meluat tengok muka saya bila naik lif memang cuak la kan.rasa macam nak kena pelempang je.hehe.okey da sampai bilik mula lah masing masing berebut katil kan. so aku sebagai akak yang sulung diberi keutamaan untuk pilih katil mana.hahah sangat bertuah hidup cik mira kan. dan mulalah sesi photography adik adik aku. memang meluat tengok diorang bergambar. rasa nak hambat je kepala masing masing.tapi saya terjoin la jugak kan hehe.

"sayang korang walaupun muka tak secute waktu korang baby baby dulu"



okeh lepas dah penat. masing masing tidur tanpa sedarkan diri sampai pukul 6. then paklang decide nak jalan-jalan kat singapore. so pergi cari orang yang boleh bawak kan kami ke sana. yela kami mana ada sedare mare. kalau sesat dah mampus nak cari jalan keluar. jumpa seorang pakcik ni. dia mintak $100 usd kot untuk round 1 singapore. okayla berbaloi jugak kan sampai ke tengah malam. okeh dah penat pusing kami pun nak balik.pakcik tu cakap tak habis pusing lagi ni. ahh da tak larat la pakcik. bawakla kami balik. pukul 12 malam baru sampai hotel. lepas tu terus booommm..tidur..

#SECOND DAY.



jeng jeng jeng..hari yang dinantikan. sebelum subuh masing masing dah bangun kot. siap siap. prepare mana yang patut. and most important thing kena bawak passport.ingat adik adik passport ye.heheh. ok lepas dah naik bus. kena turun kat imigresen malaysia. jalan terkedek kedek. cop segala bagai. lepas tu naik bus balik. lepas tu bila da sampai imigresen singapore turun bas lagi. kali ini kami berlumba lari sebab nak dapat nombor satu punya pasal kan..hehe



and then here we are..




excited gile ambik gambar bola ni manyak manyak..hahha


tengok bila nak tangkap gambar mesti si tecik tu menyebok..haish'

tengok! menyebok lagi!
gila glamour betul la budak ni..


nah! hambik gambar kau sorang..hahah


okeh lepas dah cot cet cot cet puas ambik gambar. start la our journey in USS..sangat cool tempat ni.siyes cantik gila. rasa macam kat overseas kot..berangan lebih kan. dah masuk sane tangkap gambar lagi. usha harga barang kat kedai tu sebab nak bajet duit beli souvenir kan. mak aihh ramai gila umat kat sini. and first ride yang kami naik. transformer 4D kot. lupe lah..tapi memang bet best best sangat. rasa macam megan fox dalam cerita transformer tu.' huh berangan la kau pulak mira' hahah..ok lepas kami dah naik turn maklang and paklang naik. diorang mula mula malas nak naik sebab anak anak diorang ni kan kecik lagi. so kami paksa dorang naik jugak. nanti rugi kalau tak naik.



ha nak bagi tau ni ride mummy memang yang paling tak boleh bla.laju gila kot ketapi tuh rasa tertinggal jantung ni kat belakang. mak aihh dahla laju lepas tu gelap pulak tuh.seriously tak nampak satu ekor mummy hape pon.tapi memang cool..

emm banyak sebenarnya nak cite tapi malas pulak.tengok jela gambar gambar ni ok.


sampai malam kami meround satu uss..lengoh kaki ni.lepastu nak naik bas lagi.turun naik turun naik pergi imigresen lagi..ayooo manyak seksa lor..ok sampai di sini je perjalanan kami.




*buhbye USS..see ya next time

No comments:

Post a Comment