Wednesday, November 9, 2011

Assalamualaikum..

hari ini terasa nak bercerita pasal saya kena paksa pegi janda baik yang tak berape baik tuh tanpa kerelaan hati saya. tahu tak baru seminggu keje kat sini da kena pergi segala kursus bagai. lain la kalau aku ni tetap ke.boleh la diterima pakai lagi.dala dengan tak de member kat sini. at least kalau ade member berkobar semangat la sikit nak pegi.cube bayangkan baru seminggu keje kat sini ingat senang senang je ke nak cari geng..huhu tapi takpe reda jela, terpaksa menggagahkan diri ini pegi jugak semata mata nak dapat sijil.heee..

#HARI PERTAMA

datang punch card macam biase le, pastu dalam pukul 10 kumpul kat bawah. bermula dari situla dapat kenal dengan kawan kawan baru. yela saya ni kan pemalu sikit.eceh ceh ceh..
borak borak dengan dorang sume. tanya nama tinggal mane tup tup ade yang same kolej tapi tak penah nampak pon kat kolej.kecik je kan dunie ni.
bile da naik bus tuh, cakap dalam hati fuh cantik gile la bus nih..tapi macam harem, aku punye pening memang tak boley tahan. dala jalan nak pegi sane macam jalan nak naik cameron tu ha. nasib baik la tak temuntah. kalu tak mati aku menahan malu..

okay bile da sampai sane masing masing berebut pilih nak bilik mane.aku yang takde kawan ni terpaksa beralah je. reda je dapat bilik mane.janji ada kawan. baru tahu rasanya macam mane nak jadi seorang yg independent.okey lepas da pilih bilik masing masing. berehat kejap tengok sungai la dari jauh je. memang takde mood la nak mandi sungai sebab da pening pening lalat naik bus tuh. and then terus tido..
"dah bangun bangun ade taklimat"..adui baru syok nak tido da kene pergi dewan pulak sebab nak buat 'ice breaking'. berkenal kenalan dengan fasilitator then lepas da bahagi group ade telematch pulak. best jugak la. main game cicak man la. isi air dalam plastik pastu baling kat kawan la sampai habis basah lenjun baju aku. tapi syok la. takla rase macam camping macam budak budak sekolah zaman dulu kala. rasa macam family day pulak.hehe

malam pulak aktiviti night trail..hewhew benda tu la yang paling aku taknak buat sangat. takot kot. tapi disebabkan hujan benda tu kene postpone besok malam.fuhh selamat.tapi belom cukup selamat lagi.besok malam ada lagi.adui otak da jadi runsing macam macam idea keluar tak nak pegi night trail tuh. nak buat buat sakit perut la..hehe jahat kan.
so malam tu ada tazkirah dan macam biasala kena buat logo, moto. ok lepas dah habis buat semua tuh aktiviti psychology umur pulak.ingatkan macam tilik nasib ke hape. rupanye setiap aktiviti contohnya kena tekan tubi 20 kali dalam masa 20 saat, tahan nafas, pusing pusing macam helikopter pas tu jalan lurus. macam macam lagi la. penat kot sampai pukul 2 pagi buat bende tuh. bebaloi jugakla at least kita tahu sampai mana tahap kekuatan kita ni kann..



ni logo dan ahli group kami. vios la sangat.


turn pompuan pulak kena tekan tubi dengan pusing helikopter..sumpah malu.

okeh tamatla sesi aktiviti untuk hari pertama.

*tunggu untuk sambungan hari kedua pulak yep*

No comments:

Post a Comment