Monday, November 14, 2011

sebab kau aku jadi jeles!

memang aku jeles bila perempuan tu add fb kau.
memang aku jeles bila kau komen dengan perempuan tu.
memang aku jeles kau kena gosip dgn perempuan tu.
memang aku jeles bila tgk gambar kau berdua dgn perempuan tu.
memang aku jeles sebab kau pertahankan perempuan tu lebih dari aku.
memang aku jeles sebab kau take care perempuan tu lebih dari aku.
memang aku jeles sebab kau lebih banyak jumpa perempuan tu lebih dari aku.
memang aku jeles bila kite keluar kau sempat curi curi tengok fb perempuan tu.

p/s: berapa banyak juta pun alasan kau aku tetap jeles!!





Thursday, November 10, 2011

#HARI KEDUA

Assalamualaikum semua..

okay untuk hari kedua pulak kat janda baik pahang. awal awal pagi da kena bangun pagi.bangun bangun je lenguh 1 badan. rase nak patah riuk dah pinggang pinggang ni..fuhh menggigil kesejukan nak mandi pagi pagi ni.nasib baik ade air panas.selamat sikit.hehe..
sebelum breakfast kami semua kena senam aerobik dulu.adui penat semalam pon tak hilang lagi. tibai jele.

okay lepas da siap siap semua baru la aktiviti abseiling..bila tengok je benda tu. hadoyaii hanya tuhan jela yang tahu.menggeletar seluruh badan cek.

haih tengok bende ni je pon rase nak longlai dah badan ni sume.

sebelum nak turun tu kene lalu kat titi ni lagi.dala tinggi. Tuhan saja la yang tahu mcm mane perasaaan time kat ats tuh.

yehh aksi cicak women tengah menggelabah biawak.hahah

muka leganya lepas da turun..oooyeah manyak syiook lor!

lepas da basah kuyup dek kerana peluh yang mencurah curah kat badan ni. balik bilik je..boommm terus tido kat katil.heheh..
lepas dah rehat dengan secukupnya aktiviti dalam grouping pulak.kena buat itu la buat ini la. belajar kompas la. and than explorace. penat gile kot.lari sane lari sini..kumpulan kami dapat no dua tau.
muka bangga sebab dapat no dua. puas hati.hehehe

*okay dah. selesai untuk sesi hari kedua.

Wednesday, November 9, 2011

Assalamualaikum..

hari ini terasa nak bercerita pasal saya kena paksa pegi janda baik yang tak berape baik tuh tanpa kerelaan hati saya. tahu tak baru seminggu keje kat sini da kena pergi segala kursus bagai. lain la kalau aku ni tetap ke.boleh la diterima pakai lagi.dala dengan tak de member kat sini. at least kalau ade member berkobar semangat la sikit nak pegi.cube bayangkan baru seminggu keje kat sini ingat senang senang je ke nak cari geng..huhu tapi takpe reda jela, terpaksa menggagahkan diri ini pegi jugak semata mata nak dapat sijil.heee..

#HARI PERTAMA

datang punch card macam biase le, pastu dalam pukul 10 kumpul kat bawah. bermula dari situla dapat kenal dengan kawan kawan baru. yela saya ni kan pemalu sikit.eceh ceh ceh..
borak borak dengan dorang sume. tanya nama tinggal mane tup tup ade yang same kolej tapi tak penah nampak pon kat kolej.kecik je kan dunie ni.
bile da naik bus tuh, cakap dalam hati fuh cantik gile la bus nih..tapi macam harem, aku punye pening memang tak boley tahan. dala jalan nak pegi sane macam jalan nak naik cameron tu ha. nasib baik la tak temuntah. kalu tak mati aku menahan malu..

okay bile da sampai sane masing masing berebut pilih nak bilik mane.aku yang takde kawan ni terpaksa beralah je. reda je dapat bilik mane.janji ada kawan. baru tahu rasanya macam mane nak jadi seorang yg independent.okey lepas da pilih bilik masing masing. berehat kejap tengok sungai la dari jauh je. memang takde mood la nak mandi sungai sebab da pening pening lalat naik bus tuh. and then terus tido..
"dah bangun bangun ade taklimat"..adui baru syok nak tido da kene pergi dewan pulak sebab nak buat 'ice breaking'. berkenal kenalan dengan fasilitator then lepas da bahagi group ade telematch pulak. best jugak la. main game cicak man la. isi air dalam plastik pastu baling kat kawan la sampai habis basah lenjun baju aku. tapi syok la. takla rase macam camping macam budak budak sekolah zaman dulu kala. rasa macam family day pulak.hehe

malam pulak aktiviti night trail..hewhew benda tu la yang paling aku taknak buat sangat. takot kot. tapi disebabkan hujan benda tu kene postpone besok malam.fuhh selamat.tapi belom cukup selamat lagi.besok malam ada lagi.adui otak da jadi runsing macam macam idea keluar tak nak pegi night trail tuh. nak buat buat sakit perut la..hehe jahat kan.
so malam tu ada tazkirah dan macam biasala kena buat logo, moto. ok lepas dah habis buat semua tuh aktiviti psychology umur pulak.ingatkan macam tilik nasib ke hape. rupanye setiap aktiviti contohnya kena tekan tubi 20 kali dalam masa 20 saat, tahan nafas, pusing pusing macam helikopter pas tu jalan lurus. macam macam lagi la. penat kot sampai pukul 2 pagi buat bende tuh. bebaloi jugakla at least kita tahu sampai mana tahap kekuatan kita ni kann..



ni logo dan ahli group kami. vios la sangat.


turn pompuan pulak kena tekan tubi dengan pusing helikopter..sumpah malu.

okeh tamatla sesi aktiviti untuk hari pertama.

*tunggu untuk sambungan hari kedua pulak yep*

Tuesday, November 8, 2011

Friday, November 4, 2011

Wednesday, November 2, 2011


hari demi hari.makin lama diri ini dah macam tak disayangi lagi. rase tak bermakna untuk disayangi lagi. ape yang aku merepek ni dik non?
hah memang aku nak merepek pon hari ni. rase down sangat sangat. bende yang memang aku tak sangke sangke selama ni terjadi jugak. pernah tak korang rase bila diri ni kena tipu. ye mamang selama ni aku da kena tipu. lelaki yang aku percaya siang malam. dia kate asek sibuk bekerja. ok fine aku pon percaya la..tup tup. bila bukak fesbuk semalam nampak bende yang buat aku rase nak pengsan. nak pitam.nak mati..haih macam macam yang ak rase. menggigil tangan ni..ada sape sape sudi nak bagi muka dia untuk buat stok pelempang?? memang dah lame lame aku tunggu saat ni..hahaha (tetiba nak jadi jahat pulak dah)
apa yang dia buat tuh memang sangat sangat tak boleh di maafkan.
takpe takpe mira. anda kan seorang yang tabah..haha(padahal mata da bengkak tak surut surut dari semalam) malu kot nak pergi opis mate cenggini. satu opis tau aku menangis bagai nak rak semalam.
okay mari kita meraikan hidup sebagai orang bujang..oooyeah!


p/s: tenkiu to farah seha and fara nur zahidah sebab sudi mendengar luahan perasaan saya semalam.sob.sob