Monday, January 31, 2011

Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
Jadi Dinda mahu mengambil masa

Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yg mana satu
Tak perlu bertengkar,Tak perlu bermasam muka,

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,
Kanda kerja overtime, terlebih masa

Itu yg Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga,
Dengan Dinda atau sebaliknya?
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu?
Tak perlu bertengkar,Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?apa keputusannya?

Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

Kanda polar kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu
Tak perlu bertengkar,Tak perlu bermasam muka,
Walau kita sering dgn cara masing-masing,

Kanda yg Perdana,
Dinda yg Utama,
Kanda sgalaNya.
Dindalah Nyawa,
kita tetap bahagia bila bersama samabahagia bersama,
bersama slamanya,bahagia slama-lamanya!

p/s: eh.eh.. ade kena mengena ke?

No comments:

Post a Comment