Tuesday, July 27, 2010

26 july 2010

what??pukul 8.30 pagi dah..adui mati la aku ni.dahla aku janji dengan awish nak pick up dia kt batu tiga pukul 9pagi ni.huhu.nasib baikla bf aku yang baik hati ni tak marah aku.penyabar rupanya dia,haha ;)..siap2 mandi, packing barang2 jap, salam mama dengan abah (yela kena la minta izin dari kedua ibu bapa dulu kan) pastu drive dengan pantasnya menuju ke batu tiga.
sampai-sampai je teros kitorg menuju ke bangunan MSU yang besaq gedabak 2 untuk ambil sijil transkrip awish tu. nasib baikla tak sesat dlm MSU ni.haha.

lepas tu kitorg plan nk pergi sunway jap tengok wayang. aku ajak awish tengok mantra.tp dia pulak tak mo tengok, cakap cerita seram melayu ni sama je. ada hantu, kena rasuk, pastu ustaz datang tolong halau hantu tu. punyela pok pek pok pek berceramah dengan aku. so aku pon mengalah la dia nak sangat tengok cerita THE SORCERERS APPRENTICE ni.

erm sementara nak tunggu wayang start, perot pon da berkeroncong.yela mana tak nye, bangon-bangon tidor je terus pergi shah alam. round satu sunway nak cari tempat makan, last2 ktorg pon decide nak makan kat HARTZ.

amek ko..melantak la sume ni.

banyak betol makanan yang ktorg amek, last2 xhabis jugak. itula tamak sangat..tapi makan kat sini berbaloi sangat dari kenny rogers. pilih je mana yang kita nak makan.murah pon murah.

amboi makan xingat dunie.
tengok saya masih sempat tersenyum..hehe ;)

lepas habis makan, amek ko. perut masing-masing punyela boroi. nak berjalan pon tak larat.tu la melahap banyak sangat sampai xingat dunie.

lepas dah makan terus pergi tengok wayang. best giler cerita ni, berbaloi la tengok cerita ni.kelakar giler..haha sampai aku terpaksa menahan kencing buat kali kedua nak tgk cerita ni sampai habis.

dalam pukul 5 macam tu ktorg terus balik dan menuju ke rumah sewa anis di ttdi. anis beria-ia nak sangat ikut ktorg keluar.al maklumla rindu nak jumpa abang ipar dia..kahkahkah.pastu decide nak main bowling kat Plaza Alam Sentral.

cik anis and her friends cik lyn.


lihatlah aksi jaguh-jaguh bermain bowling. ;)
*tapi saya tetap juara.hahah.*


Si keding dan si buncit

lepas habis main bowling. round 1 PAS jap.pastu plan nak makan kt mne.last2 ktorg pergi seksyen 7, makan kt kedai BUN-D kot kalau tak silap la.aku rase tu kedai bandi amuk kot.sebab 1 kedai tu muke dia je.yela kot. lepas dah makan-makan. aku hantar awish ke stesen bus, tibalah masa perpisahan.dia dah nak balik perlis da.hurm sangat sedih masa tu.
bila dia dah naik bus aku terus balik then hantar anis balik.
malam tu aku tumpang tidur rumah kak ju.sebab dah janji dengan fafa besok nak hantar report same-same.



I LOVE HIM!

*thx for everything beby*




No comments:

Post a Comment