Thursday, July 29, 2010

♥there are no word to describe how much i miss him♥

Wednesday, July 28, 2010

27 july 2010

lebih kurang pukul 12 tghari kot, aku dengan fafa dengan pantasnye menuju ke kedai rugby utk print report kami.dalam pukul 3.30 macm tu kot baru selesai segala-galanya.huhu lame kot dalam kedai tu sampai nak naik beku kepala otak aku menahan kesejukan. walaupun kedai tu slow sikit, tapi servis dia memang terbaikla.. pastu kami terus pergi ke MSU.sesat jugakla sekejap nak cari bilik lecturer. pastu jumpe miss nurul dan hantar report kt dia. fafa pulak tak boley nak submit sebab ade 1 helai lagi yang dia terlupa nak letak dalam report..adui..fafa..fafa..hehe..tak ape nasib baik besok dia boley hantar lagi.

em semalam adalah hari yang paling gembira dalam hidup ni. bersyukur sangat-sangat sebab dapat hantar report dengan jayanya.sgt berpuas hati dengan report aku, cuma apa yang aku risaukan sekarang ni ialah evaluation form dari supervisor aku. markah tu tak la teruk sangat, but cukup-cukup makan je pon.tu yang buatkan aku risau dengan result terakhir ni. ='( hurm tak pela nak buat macam mne lagi, kita kena jujur dalam apa benda yang kita buat.okay..

lepas da submit report, kami decide nak pergi makan kt giant.plan nak makan kt food court jela..tiba-tiba degan tak disangka-sangka,ktorg terjumpa orang yang paling ktorg benci dalam dunia ni. adui,napela aku boley terserempak dengan orang sakit jiwe ni. dahla dekat pulak tu ktorg duduk dengan dia. em ingat nak blah, tapi perut da lapa sangat. takpelah makan jela sambil tidak menghiraukan apa yang mereka katakan. ko nak kutuk aku sekali pon aku tak kisah "its not my fucking business"..haha..

then, lepas makan-makan aku terus drop fafa kat pedana. dia nak pergi cc sementara nak tunggu makcik dia dari kelang jemput dia. pastu aku terus balik rumah.

*selamat tinggal shah alam*

okie dokie..pye2 =)

Tuesday, July 27, 2010

26 july 2010

what??pukul 8.30 pagi dah..adui mati la aku ni.dahla aku janji dengan awish nak pick up dia kt batu tiga pukul 9pagi ni.huhu.nasib baikla bf aku yang baik hati ni tak marah aku.penyabar rupanya dia,haha ;)..siap2 mandi, packing barang2 jap, salam mama dengan abah (yela kena la minta izin dari kedua ibu bapa dulu kan) pastu drive dengan pantasnya menuju ke batu tiga.
sampai-sampai je teros kitorg menuju ke bangunan MSU yang besaq gedabak 2 untuk ambil sijil transkrip awish tu. nasib baikla tak sesat dlm MSU ni.haha.

lepas tu kitorg plan nk pergi sunway jap tengok wayang. aku ajak awish tengok mantra.tp dia pulak tak mo tengok, cakap cerita seram melayu ni sama je. ada hantu, kena rasuk, pastu ustaz datang tolong halau hantu tu. punyela pok pek pok pek berceramah dengan aku. so aku pon mengalah la dia nak sangat tengok cerita THE SORCERERS APPRENTICE ni.

erm sementara nak tunggu wayang start, perot pon da berkeroncong.yela mana tak nye, bangon-bangon tidor je terus pergi shah alam. round satu sunway nak cari tempat makan, last2 ktorg pon decide nak makan kat HARTZ.

amek ko..melantak la sume ni.

banyak betol makanan yang ktorg amek, last2 xhabis jugak. itula tamak sangat..tapi makan kat sini berbaloi sangat dari kenny rogers. pilih je mana yang kita nak makan.murah pon murah.

amboi makan xingat dunie.
tengok saya masih sempat tersenyum..hehe ;)

lepas habis makan, amek ko. perut masing-masing punyela boroi. nak berjalan pon tak larat.tu la melahap banyak sangat sampai xingat dunie.

lepas dah makan terus pergi tengok wayang. best giler cerita ni, berbaloi la tengok cerita ni.kelakar giler..haha sampai aku terpaksa menahan kencing buat kali kedua nak tgk cerita ni sampai habis.

dalam pukul 5 macam tu ktorg terus balik dan menuju ke rumah sewa anis di ttdi. anis beria-ia nak sangat ikut ktorg keluar.al maklumla rindu nak jumpa abang ipar dia..kahkahkah.pastu decide nak main bowling kat Plaza Alam Sentral.

cik anis and her friends cik lyn.


lihatlah aksi jaguh-jaguh bermain bowling. ;)
*tapi saya tetap juara.hahah.*


Si keding dan si buncit

lepas habis main bowling. round 1 PAS jap.pastu plan nak makan kt mne.last2 ktorg pergi seksyen 7, makan kt kedai BUN-D kot kalau tak silap la.aku rase tu kedai bandi amuk kot.sebab 1 kedai tu muke dia je.yela kot. lepas dah makan-makan. aku hantar awish ke stesen bus, tibalah masa perpisahan.dia dah nak balik perlis da.hurm sangat sedih masa tu.
bila dia dah naik bus aku terus balik then hantar anis balik.
malam tu aku tumpang tidur rumah kak ju.sebab dah janji dengan fafa besok nak hantar report same-same.



I LOVE HIM!

*thx for everything beby*




25 july 2010

sibok lagi dalam pembikinan membuat report sampai la ke petang.
dalam pukul 5 macam tu.tetibe mama suruh siap-siap nak pergi makan dekat Pantai Jeram..wah da lama giler perut aku ni tak makan seafood. tak sabar-sabar nak makan. okay sampai je kat sana, kitorg terus pilih laok-laok. sambil tunggu makanan sampai, kitorg sempat pergi ke pantai jap.
abah dan mama

anak-anak En. Shaharuddin


OMG..
Pendek rupenya aku ni..adik aku pon da lagi tinggi dr aku..lepas ni xdpt la aku nak buli dia lg.haha.. ;P


yey makanan pon dah sampai.


tenkiu abah sebab bawak anak2 dia pergi makan makanan yang sedap ni.akak tak sempat nak belanja dgn first gaji akak..al maklumla nk jimat la katakan.. bila akak da banyak duit nanti.lain kali akak belanja k. hehe ;)

Saturday, July 24, 2010

lepas balik dari interview, aku pergi rumah kak ju jap. borak-borak kejap pastu pergi giant.lame dah xpergi giant.rindu gila kat giant. yela dulu time study kt shah alam tempat tula aku selalu dating.heheh.. tapi kali ni dating dengan kak ju pulak. da sampai giant kitorg pon pusing 1 giant, tiba-tiba perut terasa lapar pulak, ktorg pon decide nak makan kt kfc.



menu untuk makan tengahari ni,
2 snack plate and 2 chocolate with bubble ice blog..sangat sedap.



time kasih kak ju, sebab sudi menemani saya yang kesunyian ni.lain kali kite hang out sama2 okay..sayang kak ju.
Tepat pukul 9.30 pagi- bertolak pergi ke Dominos utk interview. On the way nk pg situ aku call nad utk tanya jalan. tenkiu so much to nadiah sahadan.nt aku blanje ko makan k.hehe

Lebih kurang dlm pukul 10.15 kot- da smpai, tanya kat pak guard mane tmpt interview. huh berdebar gile kot.sampai-sampai je ade sorg perempuan cina suruh aku isi borang dengan jawab iq test. terkejut gile aku, yela otak ni da tepu lame xbelajar. mcm mana la aku nak menjawab ni..last2 aku main hentam je semua soklan tu..lepas tu da bg form tu, aku duduk kat sofa, ada plak laki ni tegor aku.kami pon berborak2. tibe2 ade sorg laki india panggil that guy tu utk interview..so ak kena la tunggu turn. pastu bila laki tu da abes interview dia datang kat aku, dia cakap kat aku kalau nk cari kerja call la dye ok. pastu dia pon bagi business card dia. hehe kelakar pulak,padahal dye pon dtg nk cari kerja.haha aku pon xfaham. dah la abaikan jela.

okay. berbalik kpd interview tadi, bila dah masuk blik interview, lelaki india ni pon tanya kenape aku mintak kerja ni.aku pon ceritala.bila da abes cot cet cot cet. laki tu pon cakap yang aku dapat kerja ni dan boley stat 16 ogos ni.hah gile ape, terkejut beruk aku dibuatnya. dahla 6bulan kontrak, public holiday xboley cuti. maknenya raye ni aku xboley cuti la..huaaa aku nk raye, aku xnak kerja.. em mcm mne eh???
aku pon tak tau nk pilih samada study atau kerja..dahla malas nk fikir.
biar takdir yang menentukan.

Thursday, July 22, 2010

semalam aku dpt call dr seorang wanita india. nama dye ms. vijaya.baik sangat2. mule2 tu aku ingat ade org nk kenekan ak dlm rancangan 'can i help you'. ala yg kat radio era bersama aznil, ray ngan hanif. (hehe perasan-perasan) yela mane xnye sepanjang ckp ngan aku asyik speaking london aje. aku pon ape lagi terkial-kial la nk jawab balik..haha last2 ms.vijaya tu cakap melayu plak.huh selamat aku..dia ckp, dia da tengok resume yg aku bagi hari tu.dye ckp ok.pastu dia suruh aku datang sok utk ienterview.mana x terkejut beruknya aku, xbuat prepare ape2 pon utk interview. so aku pon cakap la bley tak lusa pg interview,pastu dia pon ckap okla..huh selamat aku.bley la buat prepararion skit..heheheh.

Pastu ak terpiki pulak, yg sume seluar and baju kemeje aku ade kt rumah nenek. adui malasnye nk balik.dala jaoh, adela dalam 1 jam dr kuala selangor nk blik ke dengkil tu.hurm.. so aku cakap ngn mama psal masalah aku, aku pon kecek-kecek la dye utk beli suar ngan baju baru.nasib baik la dye bagi.hehe..tenkiu mama.xpayahla akak balik jaoh2. okla gtg. nak buat report yg masih lagi tertunggak. ;)



eh2..sebelum tu kepada Farah Wahida & Ainil Fadzlina semoga berjaya dlm membuat report anda.amin..

Wednesday, July 21, 2010

hari ini masih lagi dalam proses pembikinan report. xtau la ble nk siap.dgn aku ni asek makan.tido.fb.ym..sampai da xde keje kt rumah ni pon ak masih lg malas nk menghabiskn report ni.padahal lg 6 ari je nk kene submit report ni.adui.aku berharap ade satu miracle yg akan berlaku bile aku bngon dri tido.bukak je letop tengok report aku da complete semua.wah bestnye la kalu mcm 2.xpayah aku susah2 nk pikir ayat ape aku nk merapu dalam report ni..(jangan perasan la minah oi) hahahhaha...ok its time to doing my report..pye2 ;)

Tuesday, July 20, 2010

Training dah pon abes.so skg ni dlm mase 2 mgu kene la buat report.adoyai.. npe la diri aku ni malas sangat.huh xde mood nk buat report.dala banyak nk kene buat.
so Fatihah Amira pegi buat report.jangan asyik nk online je keje.makan tido.makan tido.usaha itu tande kejayaan.u can do it.hahaha

Beauty Tips

For attractive lips
Speak word of kindness

For lovely eyes
Seek out the good in people

For a slim figure
Share ur food with the hungry

For beautiful hair
Let a child run his fingers through it once a day